Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

"Kepentingan Hidrasi: Haus, tapi malas nak minum?!"
Artikel ditulis oleh Puan Siti Norlela Bt Alwi, Pakar Pemakanan dan Pegawai Pendidikan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

A
dakah anda tahu?
Nyawa kita terancam sekiranya tiga hari tidak minum air berbanding tujuh hari tanpa makanan?

Air sangat penting bagi kehidupan. Namun masyarakat umum seringkali dibelenggu desas desus berkenaan dengan tabiat minum air yang cukup mengelirukan!

Air Dan Tubuh Badan Kita



Asasnya, kita disarankan untuk minum sebanyak lapan gelas air sehari. Teori ini sememangnya mudah diingati; tetapi, adakah kita mencapai sukatan ini setiap hari? Adakah teori ini dipraktikkan sepenuhnya?

Pertama sekali, kita kena memahami bahawa tahap kesihatan setiap individu berbeza-beza, jenis-jenis aktiviti fizikal yang dilakukan dan faktor-faktor persekitaran (contohnya, cuaca) akan mempengaruhi kuantiti air yang diperlukan oleh badan kita. 60 peratus daripada berat badan kita terdiri daripada air. Ianya merupakan keperluan asas untuk melancarkan sistem badan kita untuk terus berfungsi. Sebagai contoh, air memainkan peranan utama dalam pembuangan toksin dari badan, merupakan ejen pengangkutan kepada sel-sel badan dan menstabilkan persekitaran pada telinga, mata dan juga bahagian kerongkong manusia.

Dehidrasi Dan Soalan-soalan Lazim

Dehidrasi merupakan situasi di mana badan kita kekurangan air, dan ianya boleh memudaratkan kesihatan sekiranya dibiarkan berlarutan. Keadaan pening, keletihan, mudah marah dan bibir kering adalah di antara tanda-tanda yang paling ketara apabila seseorang sedang mengalami dehidrasi tahap pertama. Manakala keadaan yang lebih teruk sehinggakan ke tahap berlakunya  kekejangan otot, tekanan darah yang rendah, pengsan, kadar nadi yang lemah disertai dengan  pernafasan  tercungap-cungap yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.

Wanita Mengandung & Selepas Bersalin

 X



 √

Amalan pantang selepas bersalin antara sebilangan masyarakat Asia yang menghadkan pengambilan air kerana ianya dipercayai akan mengembangkan sistem peranakan dan urat.

Wanita yang mengandung mengalami laktasi dan memerlukan pengambilan air yang banyak. Pakar kesihatan menyarankan bahawa wanita mengandung patut meningkatkan pengambilan air purata kepada 10 gelas (2.3 liter) sehari. Ibu yang menyusukan anak pula perlu minum sebanyak 13 gelas (3.1 liter) sehari. Pengambilan air seharusnya secara berperingkat dan bukannya sekaligus.

Waktu Puasa

 √

Dehidrasi ketika berpuasa juga sering berlaku dan boleh membuat kita rasa letih dan kurang peka, oleh itu pengambilan air yang mencukupi ketika sahur dan ketika waktu berbuka puasa adalah amat penting.

Demam, muntah & Cirit-birit

 X


 √

Pengambilan air yang banyak sekaligus bagi mengelakkan dehidrasi selepas demam, muntah-muntah atau cirit-birit.

Pengambilan air seharusnya dilakukan secara berperingkat dan berterusan untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi.

Selepas Senaman & Aktiviti Fizikal Lasak

 √

Pengambilan air yang lebih wajar berikutan dengan senaman atau aktiviti fizikal bagi menggantikan air yang telah hilang melalui peluh. Ekstra 600 mililiter air harus diminum terutamanya selepas aktiviti fizikal sederhana. Walaubagaimanapun, keperluan air adalah berbeza bagi setiap individu dan ianya bergantung kepada kuantiti peluh yang telah dihasilkan, jenis, tempoh, dan intensiti senaman yang dilakukan.

Secara umumnya, sebelum melakukan aktiviti kecergasan, sebanyak dua gelas air wajar diminum dahulu supaya ianya menampung peluh yang bakal dihasilkan. Senaman bagi tempoh yang lama atau berterusan memerlukan minuman isotonik untuk menggantikan air dan sodium yang hilang.

Semasa Menaiki Pesawat

 X





 √

Semasa kita berada di ketinggian altitud yang melebihi 2,500 meter boleh mencetuskan pernafasan dan pembuangan air. Kebanyakkan individu seringkali mengabaikan perasaan ini dan berasa bimbang dan malu untuk menggunakan tandas di atas pesawat. Justeru, mereka turut mengurangkan pengambilan air.

Kita seharusnya sentiasa mengutamakan apa yang baik untuk kesihatan dan tidak perlu mengabaikan perasaan untuk menggunakan tandas ketika berada dalam pesawat. Pengambilan air secara normal adalah wajar bagi mengelakkan keadaan dehidrasi.



Hidrasi Dan Pemakanan

Diet yang seimbang penting bagi mengekallan kesihatan kita. Pengambilan makanan yang mengandungi protin yang tinggi dan tidak mengutamakan keperluan air seharian boleh membebankan buah pinggang dan membawa kesan-kesan negatif terhadap fungsi buah pinggang. Ini secara langsung akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang secara berperingkat tanpa disedari.

Adakah anda tahu? 20 peratus kandungan air yang diperlukan oleh badan kita setiap hari boleh didapati daripada makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, sup tomyam, sup tulang, sup berkrim dan sebagainya. Antara makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi adalah seperti buah tembikai, limau, tomato, daun salad, dan bayam.

Adakah minuman berkafein seperti air kopi, minuman bergas dan alkohol turut termasuk dalam teori '8 gelas air setiap hari'? Jawapannya adalah TIDAK. Minuman sebegini tidak patut diambil dalam kuantiti yang banyak kerana mengambil kira akan kandungan kalori yang tinggi.

Sebaliknya, air masak masih menjadi sumber minuman yang terbaik, paling murah dan senang didapati.

Akhir kata, dehidrasi tidak boleh dipandang ringan.

Kita harus peka dengan keadaan badan sendiri dan menyedari bahawa keperluan bagi setiap individu adalah berbeza. Ingat! Kesibukkan dalam kegiatan seharian TIDAK SEHARUSNYA dijadikan alasan untuk lupa minum air. Jangan ambil mudah dengan kepentingan hidrasi sekiranya anda sayangkan badan anda!
Site Meter
Copyright © 2012  NKF Malaysia 
Web Design by UNIWEB