Important Announcement

Contact

  • info@nkf.org.my
  • 03-7954 9048

Make a difference

Donate NKF

Notis Privasi

YAYASAN BUAH PINGGANG KEBANGSAAN MALAYSIA (“NKF”), menghormati privasi individu berkenaan data peribadi. Notis Privasi dirumuskan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), untuk tujuan Notis Privasi, “Data Peribadi” mempunyai maksud yang di dalam Akta. Untuk tujuan Notis Privasi ini, terma “kami” akan merujuk kepada mana-mana organisasi bersekutu dan anggota gabungan dan “anda” akan merujuk kepada anda dan/ atau mana-mana orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda dimana anda memberikan maklumat Data Peribadi.



A. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN


1. Data Peribadi mengenai anda termasuk maklumat yang dikumpul seperti gambar, nama dan butir-butir hubungan anda, alamat, nombor kad pengenalan atau nombor passpot, jantina, bangsa, kewarganegaraan, asal-usul etnik, pekerjaan atau jawatan, maklumat majikan, tarikh lahir, alamat e-mel, status perkhawinan, maklumat anak-anak, umur, pendapatan, tanda hormat, data sosio atau gaya hidup termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor pendaftaran kenderaan, maklumat pengenal, maklumat hartanah dan maklumat pinjaman.


2. Data Peribadi juga termasuk “Data Peribadi Sensitif” yang terdiri daripada informasi perubatan yang berkaitan kepada keadaan kesihatan fizikal dan mental pemilik data tersebut, pandangan politik beliau, kepercayaan agama ataupun kepercayaan lain beliau yang atas asas yang sama, kelakuan atau tuduhan kelakuan mengenai sesuatu kesalahan di sisi undang-undang.


3. Data Peribadi anda akan dikumpulkan dari pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada:


  • Melalui borang permohonan anda untuk kemasukan kepada NKF’s program Haemodialysis

  • Melalui borang Health Screening anda

  • Melalui borang pendermaan anda

  • Melalui borang permohonan perkejaan, Resume ataupun CV anda

  • Melalui borang-borang permohonan latihan yang berkaitan ataupun Permohonan Post Basic anda

  • Melalui borang permohonan keahlian NKF anda

  • Melalui informasi dari pihak ketiga termasuk pihak yang memberi rujukan

  • Melalui informasi yang didapati secara bebas oleh pihak NKF melalui sumber-sumber yang sah.


B. TUJUAN MENGUMPUL DATA PERIBADI


1. Dengan memberikan apa-apa Data Peribadi anda kepada NKF, anda dengan ini membenarkan NKF mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi bagi tujuan-tujuan berikut:


  • Untuk pemprosesan permohonan anda untuk kemasukan program haemodialysis kami

  • Untuk memberi bantuan kepada anda (jika layak) atas permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan subsidi bagi rawatan dialisis.

  • Untuk memberi bantuan kepada anda atas permohonan mendapatkan subsidi dari pihak-pihak penaja kami seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Baitulmal dan lain-lain

  • Untuk menjalankan carian tentang latar belakang kewangan anda, dan menentukan keperluan anda dari segi kewangan

  • Untuk menentukan tahap rawatan dialisis anda

  • Untuk merujuk anda ke hospital atau memindah anda ke pusat dialisis yang lain untuk rawatan selanjut

  • Jika berkenaan, untuk tujuan pemasaran bahan-bahan publisiti bagi NKF

  • Untuk mencatat keputusan pemeriksaan kesihatan dan menasihatkan anda selanjutnya

  • Untuk memastikan tahap keberkesanan aktiviti-aktiviti pemeriksanan kesihatan NKF kepada pihak masyarakat

  • Untuk memerhatikan pendermaan anda dan memastikan pengisuan resit pelepasan cukai kepada anda

  • Untuk menjemput anda ke acara-acara pendermaan kami

  • Untuk memastikan anda layak untuk didaftar ke bawah program-program latihan kami sebagai seorang pelajar

  • Untuk menilai kebolehan anda dan membuat rujukan sedemikian dengan pihak majikan anda sebelum ini, jika diperlukan, atas permohonan anda sebagai seorang pekarja di bawah NKF

  • Untuk membuat bayaran gaji ataupun kewajipan undang-undang seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) & dan lain-lain kepada anda

  • Untuk memperbaharui Annual Practicing Certificate (APC) anda jika anda adalah seorang kakitangan kejururawatan di bawah NKF

  • Untuk tujuan memperbaharui sijil pusat Dialisis kami berkenaan dengan perlantikan ahli-ahli nefrologi sebagai ahli gabungan pusat kami dan pihak anggota yang bertanggungjawab terhadap pusat tersebut

  • Untuk memproseskan keahlian anda dengan NKF serta menjemput anda untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa(EGM)

  • Untuk apa-apa tujuan yang berkenaan atau secara sampingan atau untuk melanjutkan tujaun NKF.


2. Kami boleh sama ada menghubungi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam perkara (B) di atas melalui panggilan telefon, e-mel, kidmat pesanan ringkas, pos, faksimili, media sosial atau melalui apa jua cara komunikasi yang sedia ada.


C. PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN


1. Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami akan dirahsiakan tetapi anda bersetuju bahawa NKF boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau luar Negara) di antara mana-mana badan atau kumpulan berkaitan dengan NKF dan/ atau kepada pihak ketiga yang perlu dan sesuai termasuk tetapi tidak terhad kepada:


  • Rakan kongsi Pusat Dialisis kami

  • Pihak penaja kami seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) & dan lain-lain

  • Rakan kongsi acara-acara pendermaan kami

  • Bank serta syarikat kad kredit

  • Kedutaan dan badan statutori seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Lembaga Jururawat Malaysia (LJM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan lain-lain

  • Pihak pembekal perhidmatan

  • Ahli profesional seperti peguam, pengaudit, konsultan;

  • Mana-mana pihak berkenaan yang anda membenarkan kami mendedahkan Data Privasi tersebut;


D. DATA PERIBADI YANG DIBERIKAN OLEH ANDA


1. Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang lain dan atau syarikat yang diwakili oleh anda untuk anda memberikan Data Peribadi mereka masing-masing kepada kami bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas dan mendedahkan kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas.


E. PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN DATA PERIBADI 


1. Data Peribadi anda hendaklah disimpan sama ada dalam salinan cetak di pejabat NKF atau disimpan di dalam server yang terletak di dalam atau di luar Malaysia dan dikendalikan oleh NKF atau pembekal perkhidmatan di dalam atau di luar Malaysia.


2. Sebarang Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan oleh NKF selama yang perlu bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam (B) di atas atau diperlukan untuk memenuhi mana-mana keperluan regulatori di sisi undang-undang dan/ atau keperluan perakaunan atau untuk melindungi kepentingan NKF.


3. NKF tidak menawarkan sebarang kemudahan internet bagi anda untuk membatalkan Data Peribadi yang dipegang oleh NKF.


F. KERAHSIAAN


1. Data Peribadi yang dipegang oleh NKF akan dirahsiakan menurut Notis Privasi ini selaras dengan mana-mana undang-undang terpakai yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.


2. Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang dihantar atau diberikan kepada kami dengan apa jua cara pun (termasuk yang dihantar atau diposkan di Laman Web) akan dianggap diberi kepada NKF secara sukarela atas dasar tidak sulit dan tidak dimiliki.


3. NKF berhak untuk menggunakan, mengeluarkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan dan/ atau mengepos tempat lain maklumat tersebut secara bebas seperti yang dinyatakan dalam (C) di atas.


G. KESELAMATAN DATA PERIBADI


1. NKF menggunakan beberapa mekanisme untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda.


2. Bagi internet, malangnya, tiada penghantaran data melalui internet boleh dijamin sebagai selamat sepenuhnya. Oleh itu, sementara NKF berusaha untuk melindungi Data Peribadi itu, NKF tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada NKF dan individu berbuat demikian atas risiko sendiri. Sebaik sahaja mana-mana Data Peribadi menjadi milikan NKF, NKF akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.


H. HAK AKSES KEPADA DATA PERIBADI


1. Di bawah Akta, anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang oleh NKF selepas membuat bayaran yang ditetapkan dan memohon pembetulan Data Peribadi yang tidak tetap, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan, tertakluk kepada sebarang sekatan di bawah undang-undang serta syarat-syarat kontrak.


2. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik persetujuan/ kebenaran anda kepada NKF bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas atau untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas, anda boleh menghantar permohonan anda secare bertulis ke alamat berikut:


  Alamat : No. 70, Jalan 14/29, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

  Wakil Pengendalian : Human Resource Department, NKF

  E-mel : info@nkf.org.my

  Tel No. : +063-79549048 / 0535


3. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarikbalik kebenaran/ persetujuan anda, NKF masih boleh terus memproses Data Peribadi anda di bawah keadaan-keadaan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh undang-undang dan seperti yang diperlukan di bawah syarat-syarat kontrak.


4. NKF berhak untuk mengenakan bayaran yang munasabah untuk memproseskan mana-mana permohonan akses.


I. PENGUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI


1. NKF berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. NKF menasihatkan supaya anda menyemak Notis Privasi ini di Laman Web Kumpulan dengan tetap.