Public Education
Raising Awareness
Training
Dialysis Assistants
Welfare
Patient Aide
Make A Donation

 

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Malaysia berumur diantara 13 hingga 17 tahun. Penyertaan yang tidak mengikut had umur yang ditetapkan akan di tolak.
  2. Esei hendaklah dikarang dalam Bahasa Malaysia dan tidak boleh melebihi 800 patah perkataan.
  3. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja. Sila semak dengan teliti esei anda sebelum menyerahkan salinan terakhir, dan pastikan semua maklumat diisi dengan betul (nama, umur, no telefon, dan nama sekolah) Sebaik sahaja esei diserahkan, peserta tidak akan berpeluang untuk mengubahnya.
  4. Peserta akan hilang kelayakan sekiranya didapati terdapat unsur plagiarisme dan pelanggaran hak cipta dan undang-undang di dalam penulisan yang dihantar untuk penyertaan.
  5. Semua hasil karya penyertaan haruslah asli dan hasil daripada idea peserta sendiri. Namun begitu pihak guru dibenarkan untuk memberi bimbingan dan nasihat sebagai rujukan kepada pelajar.
  6. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli.
  7. Esei haruslah dihantar dalam bentuk Microsoft Word document (.doc or .docx) atau dalam bentuk PDF format (.pdf). Sekiranya fail tersebut tidak dapat dibuka, penyertaan anda tidak akan dikira.
  8. Semua penyertaan harus dihantar sebelum 15 April 2019.
  9. Semua penyertaan yang dihantar tidak akan dikembalikan. Pihak penganjur memiliki hak cipta bagi setiap penyertaan dan akan diterbitkan dilaman web, cetakan risalah, atau disaluran media sosial milik NKF Malaysia.
  10. Penganjur berhak untuk meminda setiap esei secara keseluruhan atau sebahagian, bagi tujuan publikasi, pameran, salinan, atau menggunakannya dalam bentuk lain tanpa keizinan peserta.
  11. Dengan menyertai pertandingan ini, anda bersetuju bahawa butiran peribadi anda termasuk nama penuh, sekolah dan esei anda boleh dipaparkan di laman web NKF Malaysia, saluran media sosial dan Majalah NKF “Share”.
  12. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  13. Keputusan daripada panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.